|
|
| Friday, 16-Oct-2009 06:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tempahan Yang Lepas-Lepas (Entry Terkumpul)
|
|
Salam buat semua.
Yati nak percepat habis uploadkan gambar-gambar tempahan yang lepas2. So, Yati kumpulkan semua dalam satu entry. Cepat skit. Tak dapat nak celoteh panjang. Layan gambar dulu. Bila-bila senang yati edit ya.
German Black Forest Cake . Tapi dekonya dengan chocolate ganache aje. Gambar kek dipotong tak ada..... Tempahan ini dari Salina yang dah beberapa kali menempah kek dari Yati. Thank you ya Salina sebab bagi peluang akak bereksperiment...
Tempahan ini dari Wan Aiza kawan Yati semasa sama2 kerja di Hitachi dulu. Wan nak kek yang ada chocolate mousse dan pelbagai rasa buah. Jadi satu pertiga kek tu Yati lapiskan dengan pisang, satu pertiga lagi dengan peach dan satu pertiga lagi yati lapiskan dengan buah ceri lebihan buat blackforest cake tu. Atas kek tu pula Yati tenggekkan strawberry filling dan peach.
Ini pula Blueberry Cheese Cake Tempahan dari Prof. Madya Dr. Jaharah untuk birthday anak lelakinya. Anak-anaknya kata sedap! Sekejap aje habis. Thank you nanti boleh order lagi....
Strawbery Mousse Cake untuk birthday anak Idah jiran setaman dengan Yati. Eh ya ke Idah, nama pun Yati dah tak ingat sebab lama sangat baru nak update....
Chocolate Banana Cake lagi. Ramai betul peminat kek ini. Kek ini untuk celebrate birthday Fatimah dan Che Wan, student UPSI yang buat practical di Jabatan Yati.
Che Wan tengah potong kek birthdaynya!
Fatimah yang pakai baju biru tu pula bergambar dengan kek. Ramai yang puji kek tu sedap. Puaslah dia orang makan sebab kek tu besar 3.7kg!
Ini pun Chocolate Banana Cake tempahan dari boss Yati untuk makan-makan dirumahnya.
Untuk Tempahan Sila Hubungi:
Damira Bakery
Yati : 012-2733214
Email: yadami68@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Oct-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ICE CREAM CAKE
|
|
Salam buat semua.
Yati masih lagi mengupdate projek-projek lama yang tertinggal tu.... Kali ini Yati nak share resepi kek ice cream. Dah lama sebenarnya teringin nak buat kek ini. Jumpa resepi kek ini kat FP kak Miscreative. Awal bulan Julai yang lepas Birthday my hubby. Untuk celebrate birthday hubby Yati pun cubalah resepi ini. Alhamdulillah menjadi cuma kek itu bagi Yati agak manis. Next time kalau Yati nak buat Yati akan kurangkan gulanya.
Jom layan gambar dan tengok resepi tu. Thank you kak Mis for your recepi.
Terkejut juga suami Yati dapat kek untuk birthday. Disangkanya Yati buat kek untuk tempahan orang. Susah juga nak buat surprise kerana working area limited. Disitulah living hall dan disitulah juga Yati buat kerja-kerja membancuh kek. Dapur kecil sangat. Amirah pula sibuk nak bagi hadiah kat ayahnya. Kami hadiahkan perfume aje sebab dia memang suka yang wangi2..
Luar kek tu Yati frostingkan ngan whipping cream aje. Disebabkan masa yang suntuk Yati tak sempat nak tunggu whipping cream cair sepenuhnya. Separuh beku tu Yati terus putar ngan mixer. Bila nak deco tu, cream tu nampak kaku. Hanya deco yang simple dan Yati tenggekkan 3 biji Ferero Roche atas kek itu.
Ferero Roche dah kena makan dulu. Beginilah rupa kek bila dipotong.
Sesiapa nak mencuba, resepinya yati sertakan kat sini. Actually resepi swiss roll juga boleh digunakan untuk buat kek ice cream ini. Step by stepnya boleh tengok kat FP kak Mis. Yati copy paste aje ya kak Mis.
VANILLA SPONGE
BAHAN-BAHAN
120gm Gula (bagi Yati kek ini agak manis. Next time mungkin Yati gunakan 100g aje)
120gm Tepung
4 biji Telur ‘B’
10gm Super sponge (Ovalete)
20gm Air
20gm Minyak jagung
CARA-CARANYA
• Putar gula, tepung, telur, super sponge dan air sehingga kembang dan kental (guna kelajuan tinggi)
• Perlahankan kelajuan dan masukkan minyak jagung
• Bakar suhu 170c
Note : Resipi nie boleh guna buat swiss roll juga suhunya 190 – 200c
Kalau nak rasa koko, tukarkan Tepung 100g dan koko 50gm
Selamat Mencuba!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Oct-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mixed Fruit Door Gift Lagi
|
|
Salam buat semua.
Sebenarnya project ini dah lama dilaksanakan, iaitu pertengahan bulan Jun 2009 lagi. Seperti yang Yati mention sebelum ini, sibuk punya pasal semuanya tertangguh. Masa yang terluang ini Yati updatelah perlahan-lahan.... Buat kenang-kenangan.
Kek ini diorder oleh kak Fadzilah dari Bandar Sri Putra untuk majlis perkahwinan dua orang anak terunanya yang dibuat serentak di Putrajaya. Yati hanya sediakan kek sebanyak 44 loyang bersize 12" x 12". Customer ini perlukan kek yang dipotong 3" x 3". Satu loyang bolehlah dapat 16 keping kek bersize 3" x 3". Kalau customer nak kek size 3" x 4" satu loyang dapat 12 keping. Yati jual kek ini kira loyang. Terpulang pada customer nak kek size apa. Yati tolong potongkan dan balut dengan plastik. Memandangkan kotak yang kak Fadzilah gunakan bersize 3" x 3" x 3" maka keknya kena tebal sikit dari kek yang ditunjukkan di sini. Bila tebal harganya kenalah up sikit.... Jom tengok gambar-gambar kiriman anak dara kak Fadzilah ini. Yati tak dapat ambil gambar sebab keluarga kak Fadzilah yang memasukkan kek ini ke dalam kotak. Tapi kalau ada customer yang minta Yati buat kek dan bungkuskan sekali semuanya bisa diatur.
Ini adalah sebahagian dari kek-kek buah yang siap dipotong dan dibalut dengan plastik. Sedia untuk di ambil oleh customer.
Beginilah kek yang diisi dalam kotak. Disebabkan kotak itu tebal, adalah sedikit ruang kosong dalam kotak tu. Tapi kalau customer ada budget lebih, kek itu boleh ditebalkan lagi....
Bila dah siap dibungkus, beginilah rupanya. Sebenarnya ramai yang berminat pada kek buah sebagai door gift. Ramai yang tak jadi sebab kotaknya mahal sangat. Kek buah untuk entry sebelum ini kotaknya mahal iaitu antara RM 1.50 ke RM 1.80 sekeping. Bagi yang tak mahu membazir pada harga kotak bolehlah menggunakan kotak seperti kak Fadzilah ini. Harganya cuma RM0.35 sekeping. Kalau tak silap Yati pernah ternampak ianya dijual di kedai Vanila Pastri di Seksyen 9 Bdr Baru Bangi. Lepas makan kek, kotaknya orang buang aje, tak payah spent too much on kotaknya.
Ini pun order dari kak Fadzilah juga untuk dihadiahkan kepada keluarga besan-besan dia. Dua menantu sekali gus jadi keknya pun kena dua....baru adil.
Close up sikit. Ini sebenarnya ialah chocolate mousse cake. Kak Fadzilah tak mahu guna sponge cake. Dia mahukan chocolate moist cake yang dilayer dengan chocolate mousse sahaja. Dia minta deko yang simple aje kerana bekas yang diberikan untuk isi kek tidak tinggi sangat. Sekali lagi Yati nak ucapkan pada keluarga kak Fadzilah kerana sudi memberi kepercayaan kepada Yati untuk menyediakan kek dan door gift untuk majlis perkahwinan yang gemilang itu.
Untuk tempahan, hubungi:
Damira Bakery,
Yati: 012 2733214
Email: yadami68@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Oct-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Raya!
|
|
Salam untuk kawan-kawan dan semua yang sudi berkunjung ke FP Yati. Rasanya tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua dan maafkan segala salah silap selama ini. Syawalkan sebulan..hehe. Ke mana menghilang? Berbulan-bulan tak update! Sebenarnya tak ke mana-mana. Cuma dilanda kesibukan teramat sangat bermula dari bulan Jun 2009 hingga Ogos 2009. Sibuk dengan persiapan 5th ASEAN Para Games yang telah pun berlangsung 15hb hingga 19hb Ogos yang lepas. Walaupun sukan itu seminggu aje tetapi kerja-kerja di belakang tabir ini punyalah banyak lebih-lebih lagi melibatkan 10 buah negara ASEAN.
Dua hari lepas sukan dah start puasa. Dek kerana sibuk dengan sukan tu, segala aktiviti promosi untuk hari raya terlewat. Nasib baik ada pelanggan tetap untuk biskut raya. Promosi hamper pun langsung tak sempat keluar. Mujur ada internet. Ada yang search internet dan dpt tengok promosi hamper tahun lepas. Jom tengok apa yang Yati dah buat bulan Ramadhan yang lepas.....!
Ini adalah sebahagian dari kuih raya yang dibuat. Tak dapat nak kumpulkan semua baru ambil gambar sebab masa untuk hantar kuihnya terlalu berbeza. Ada yang minta awal puasa sebab nak jual kat gerai mereka.
Ini pula sebahagian lagi. Tahun ini Yati buat lima jenis cookies iaitu Tart gulung, Almond London, Suji Badam, Biskut Mazola dan Irish cookies. Suji Badam tak sangka ramai juga permintaannya. Ramai yang dah order tahun lepas repeat order untuk tahun ini pula. Seperti tahun-tahun yang lepas Tart gulunglah yang mengungguli tempahan tertinggi. Bagi Yati kuih inilah yang paling renyah pembuatannya...... tapi rasanya sedap!
Intinya pun Yati buat sendiri. Tahun ini tangan Yati dah tak tahan dengan air nenas. Nak menangis dibuatnya untuk parut nenas yang begitu banyak. Ada sesiapa yang nak share macamana nak parut nenas dengan mudah? Hehehe .....untuk persiapan tahun depan. Rasa seriknya nak parut nenas tu...
Ini Amirah anak tunggalku. Sibuk nak jadi model biskut raya!
Tak sangka ada juga yang sudi menempah hamper dari Yati walaupun Yati tak sempat nak promosi apa-apa hamper. Memang Yati dah membeli beberapa bakul dengan design bunga terbaru. Ini adalah hamper tempahan dari Cik Roha di Meru Klang. Nilai hamper ini RM200.00. Dalam hamper tu di isi dengan lima jenis cookies, Coklat Cadbury dan coklat Ferero Roche. Terima kasih Cik Roha semoga orang yang menerima hamper itu gembira dan berpuas hati.
Ini pula tempahan dari En. Adam dari Hulu Klang. Hamper ini pun bernilai RM200.00 dan kandungannya sama seperti di atas. Selain hamper En. Adam juga ada membeli 5 bekas kuih tart. Sebenarnya En. Adam perlukan 10 bekas kuih tart tapi tak mampu kuberikan kerana takut tak sempat nak menggantikan tempahan orang. Tahun depan bolehlah order awal-awal ya En. Adam! Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan yang diberikan.
Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar tempahan selama beberapa bulan yati menyepi tu. Nantilah Yati uploadkan satu persatu walau pun dah basi....heheh. Saja untuk simpan jadi kenangan...
Untuk Tempahan Sila Hubungi:
Damira Bakery
Yati h/p: 012 2733214
Email : yadami68@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Jun-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Carrot Walnut Cake
|
 |
|
Carrot Walnut Cake
|
|
|
Seperti biasa, berminggu-minggu baru dapat update semula. Kali ini malas nak tayang kek-kek coklat yang ditempah. Yati nak share resepi Carrot Walnut Cake. Cake ni memag dah lama famous. Yati aje yang baru buat. Sebenarnya Yati dah bosan buat kek-kek biasa seperti kek marble,oren, pandan, strawbery dan chocolate moist untuk jualan harian. Terpikir nak buat kelainan. Saja nak bagi pelanggan tukar selera. Yati pun buatlah kek ini beberapa biji. Alhamdulillah habis. Sehingga kini dah berapa banyak biji kek ini dibuat pun dah tak terkira. Kesedapan kek ini telah meniti dari bibir ke bibir di kawasan yati buat jualan tu. Jom kita tengok resepinya....
CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Sifu Suria
Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)
Bahan-bahan yang perlu di ayak:
250 g tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis ( saya tak letakpun sebab tak suka rasanya)
1 1/2 suduteh baking soda (saya guna 1 sudu teh baking soda aje)
1 suduteh garam
*1 sudu teh baking powder (* resepi asal tak letak pun, saya saja tambah)
100 g walnut ~ di cincang (saya bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang
sedap letak walnut ni!)
Cara-caranya:
1. Pukulkan kuning telur (saya guna mixer, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun
tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising
Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.
Remarks: Tanpa frosting pun kek ini sedap dimakan....
Sesiapa yang rajin mencuba,.....Selamat Mencuba!
Sesiapa yang teringin nak rasa tapi malas nak buat sendiri call aje Damira Bakery...
Yati : 012-2733214
Email: yadami68@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-May-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chocolate Cup Cake As Wedding Door Gift
|
|
Salam kepada semua rakan-rakan yang sudi berkunjung ke sini. Dah lebih sebulan darulah dapat update semula. Yati sekarang ni sibuk dengan tugasan di office kerana Ogos nanti ada events peringkat ASEAN. Terlalulah banyak kerja dan persiapan yang perlu dibuat. Bila bertugas untuk sesebuah sekretariat faham-faham ajelah busynya itu. Nak berkunjung rumah kawan2 pun tak sempat. Kadang-kadang tu sempat berkunjung tapi tak sempat pula nak tinggalkan jejak
Dek kerana kesibukan ini Yati pun mengumpulkan aje segala aktiviti baking untuk sebulan ni. Bila ada kelapangan baru upload. Jom tengok apa yang Yati dah buat sepanjang sebulan yang lepas...
Chocolate cup cake di order oleh adik ipar Azue dari Seremban pada akhir April lepas. Siap isi dalam bekas plastik. Senang sikit nak letak bertingkat-tingkat.
Ini pula sebahagian dari chocolate cup cake untuk kenduri di rumah Azue. Azue dah ambil bekas plastiknya sebab nak diletak riben/pelekat pada bekas tu. Terpaksalah menggunakan tray kuning tu dengan banyaknya sebab satu tray tu hanya susun satu layer aje. Takut pula nak tindihkan kek, risau surfacenya comot. Minggu tu pening jugalah Yati dengan chocolate cup cake ni. Mana taknya, hampir 2000pcs Yati kena buatkan untuk Azue dan adiknya serta untuk Amri my regular customer. Syukur pada Allah atas rezeki kurniaanNya
Ini pula chocolate Moist Cake order dari Ani untuk anaknya. Tak sempat jumpa/kenal Ani. Ani order melalui telefon. Bila pergi hantar kek, Ani belum sampai TASKA lagi. Kawannya yang ambilkan untuk Ani.
Nizam dari Kajang Perdana order kek untuk sambut Hari Guru di Tadika anaknya.
Yati buatkan Chocolate Moist Cake. Dah jemu chocolate moist cake resepi biasa tu.
Yati cuba Rich Chocolate Moist Cake dari bro Rozan. Walau pun yati tak potong kek tu, dari teksturnya dah tahu kek tu sedap. Thanks tu bro Rozzan for sharing the recipe. Copy paste ya bro. Sesiapa nak cuba bolehlah cuba. Insya Allah tak menyesal punya...
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan-Bahan
6 oz butter
14 oz gula castor - boleh kurangkan kpd 12 oz
3 biji telur ayam
Bahan-Bahan Yg DiBancuh Bersama:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco/paste atau oil
Bahan-Bahan Yg Diayak Bersama:
8 oz tepung high protein (tpg roti) - boleh juga guna tepung gandum
2¼ oz serbuk koko - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman
½ sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1½ sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais
Cara membuatnya:
1. Dgn menggunakan mixer (high speed), pukul mentega dengan gula sehingga kembang (kira-kira 15 minit)
2. Masukkan pula telur satu persatu. (medium speed). Pukul lagi hingga kembang dan sebati lalu masukkan campuran Nescafe, esen vanilla & chocolate emulco. Setelah proses ini, jangan gunakan mixer lagi.
3. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dgn kaedah "fold-in method". Kacau pelan2 – satu arah jer.
4. Selanjutnya, masukkan air sejuk sedikit-sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 9" persegi yg telah dialas dan di gris dgn mentega pada dasar dan keliling loyang. Bakar dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1½ jam.
CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar mentega
½ cawan fresh cream/whipping cream
Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
15hb Mei yang lepas genaplah usia Amirah, anak tunggalku 6 tahun. Dari awal tahun lagi Amirah sibuk meminta Yati buatkan kek harijadinya. Katanya dia nak kek tiga tingkat. Sorrylah sayang, ibumu terlalu sibuk sekarang ni. Tak sempat nak buat kek tiga tingkat. Dapat buat sebiji kek aje itu pun share dengan hari guru....
18hb malam Amirah menelefonku. Hari itu Yati kerja hingga lewat malam. "Ibu esok ada sambutan Birthday kat Tadika. Mia nak bawa kek lagi . Nanti Ibu buat ya". "Hari tu kan dah bawa kek, esok tak payahlah bawa kek lagi. Ibu belikan makanan lain untuk bawa tadika ya". Menangis2 dalam telepon minta buatkan juga kek untuknya. Sampai rumah dekat 11.00 malam terus godek sebij kek untuk Amirah. Pagi esoknya barulah buat hiasan simple. Ini pun dia tuntut sebiji kek lagi untuk bawa rumah mama yang jaga dia dari kecil lagi tu. Hai Amirah, Amirah...
Sesiapa yang nak buat sebarang tempahan sila hubungi Damira Bakery,
Yati h/p: 012-2733214
e-mail: yadami68@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Apr-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ENTRY TERKUMPUL
|
|
Salam buat semua kawan2 yang sudi menjengah kat sini. Yati tak bercadang nak celoteh panjang. Banyak projek yang dibuat tapi tak sempat nak update. Jomlah kita layan gambar2 tempahan kek ni..
Ini tempahan Zam dari West Country. Dia tempah dua biji. Chocolate Moist tanpa deco sebiji dan chocolate moist dengan simple deco sebiji. Terima kasih Zam
Ini tempahan kali kedua dari Salina. Yang pertama chocolate moist cake untuk anak. Kali ini pula chocolate banana cake untuk birthday suami tercinta. Salina ni my regular customer. Dia selalu beli kek yang yati hantar kat kedai. Katanya, "sebelum ni saya bukan cake lover, tapi bila makan kek-kek yang akak buat ini saya suka pula makan kek. Kek-kek akak semuanya sedap!" Itulah kata2 Salina semasa berkunjung ke rumahku untuk mengambil kek tempahannya. Dia siap rekomen kat kawan2 ofisnya. Alhamdulillah kalau ada yang sukakan kek yang yati buat ini. Memang prinsip yati kalau buat kek walaupun untuk jualan, buatlah seperti tekak sendiri yang nak makan...
Ini pula chocolate banana cake tempahan dari kawan Salina, Kak Nab. Sengaja tak deco pisang atas kek sebab takut pisang tu menggelongsor dalam perjalanan dari Bangi ke PJ, untuk sambutan Mailidur Rasul di pejabatnya.
Ini pula tempahan kedua Laili. 100 pcs blueberry cheese tart dan 100pcs almond chocolate chip muffin untuk port luck semasa reunion sekolahnya.
Tempahan kak Ita jiran yati, 100pcs orange cup cake untuk door gift pihak sebelah semasa majlis sambut menantu.
Tempahan Shanaz dari Kajang. 100 pcs orange cup cake untuk majlis cukur jambul.
Tempahan dari Amri. Pelbagai jenis cup cake.
Ini cake yang yati buat untuk anak buah yati, Azhan yang sambut birthday yang ke 5 tahun. Kononnya nak lukis upin dan ipin tapi tak sempat. Sudahnya tepek aje edible image dan letak buah peach aje. Anakku Amirah dan sepupunya Maisarah tumpang bergambar..
Dah lama tak share resepi. Next entry Insya Allah yati masukkan resepi pula...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Mar-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wedding Door Gift
|
|
Salam buat semua rakan-rakan. Nampaknya Yati bukanlah tergolong dalam orang yang aktif mengupdate fp... Dah sebulan lebih baru nak update semula. Apa nak buat, buzy.buzy,buzy... Seperti biasa akan Yati download gambar2 yang lepas. Jom layan....!
Inilah project terbesar setakat ini yang Yati pernah terima. Pn. Hjh. Maimunah dan Tn. Hj. Muhammad Naini dari Bukit Mahkota menempah 1200 keping kek buah bersize 4" x 3" untuk perkahwinan anak tunggalnya Nur Aimi Liana dengan Zulfadzli pada 15hb Mac yang lepas. Terima kasih pada keluarga pengantin kerana memberi kepercayaan kepada Yati untuk menyediakan door gift bagi Majlis Perkahwinan anaknya yang penuh gemilang itu. Pada mulanya Yati merasa sedikit gentar untuk menerima tempahan yang banyak itu. Yati perlu membakar kek buah sebanyak 100 loyang bersize 12" x 12" .
Alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan dengan lancar dengan pertolongan, suami, emak ,ayah dan adik tercinta. Lebih lega lagi bila ramai yang memuji kek itu sedap. Telefonku asyik berdering aje sehari dua selepas majlis tu kerana mereka nak bertanyakan pasal kek tersebut. Sesiapa yang ada plan nak bagi door gift seumpama ini bolehlah hubungi Yati di h/p: 0122733214 atau e-mail : yadami68@yahoo.com . Harganya boleh dirundingkan...
Sorrylah gambar ini tak clear sangat. Ini ialah orange cup cake dalam bekas plastik yang diorder oleh Azuerina untuk dihadiahkan pada kawannya. Azue juga dah buat tempahan chocolate cake dan orange cake sebagai cenderahati untuk tetamu yang hadir dimajlis perkahwinan adiknya pada hujung April dan awal Mei nanti. Tempahan itu untuk pengantin lelaki dan perempuan sekali. Harga yang Yati tawarkan memang sangat berpatutan . Nak rasa sample pun boleh...
Untuk door gift seumpama ini kena tempah awal2 sekurang2nya dua minggu dari majlis perkahwinan. Untuk mengelakkan kekecewaan tempahlah lebih awal...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Feb-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Birthday Cake Untuk Bella
|
|
Salam untuk semua pengunjung semoga anda semua sihat dan ceria selalu.
Entry kali ini masih memaparkan kisah kek. Last week kak Mariani menempah kek harijadi untuk anaknya Bella. Entah kenapa tempahan kek yang kuterima semuanya nakkan jenis coklat ganache/coating. Tak adakah yang teringin nak tempah kek buttercream.... Bilalah nak kuasah bakatku menggunakan buttercream
Buttercream ni untuk hiasan memang cantik, bila makan ramai yang kuis ketepi creamnya tapi kalau kek dengan hiasan coklat memang tak membazir langsung, saki baki di board, pisau atau piring pun ada yang menjilatnya... .
Jom tengok gambar kek harijadi Bella...
Kak Ani nak kek seperti chocolate banana cake tapi dia tak makan pisang. Katanya letaklah apa2 buah asalkan jangan pisang. Teringat Meen letak buah peach maka yati pun menggantikan pisang dengan buah peach. Atas feedback yang diterima sebelum ini mengatakan kek ini lebih sedap jika keknya moist maka yati pun mencubalah resepi sponge cake dari buku Y3K Amy Heng. Sponge cake tu memang lembut dan moist tapi yati tak pasti mengapa kek tu mengecut lepas sejuk walau pun loyang tu dah ditelangkupkan masa baru keluar dari oven. Sebabkan kek tu jadi nipis sikit bila dah sejuk, tak bolehlah nak potong jadi 3 layer. Dapat jadikan dua layer aje.. Rasa kek tu memang sedap. Yati dah translatekan resepi tu. Siapa nak cuba bolehlah mencuba. Kalau kek you all tak mengecut inform yati ya apa sebabnya...
CHOCOLATE SPONGE CAKE
Sumber: Amy Heng
Bahan A
250 gm telur
125 gm gula kastor
110 gm tepung kek ( saya guna tepung gandum biasa)
15 gm serbuk koko
50 ml susu UHT ( saya guna susu Dutch Lady dalam kotak)
15 gm ovalette
65 gm minyak jagung ( saya guna minyak biasa aje)
Bahan B
1 tsp vanilla essence
65 gm minyak jagung ( minyak ini adalah yang lain dari di atas)
Cara2nya.
Dalam mangkuk pemutar, masukkan kesemua bahan A dan putar pada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.
Perlahankan putaran mixer dan masukkan bahan B. Kacau perlahan hingga semuanya bercampur sahaja.
Tuangkan adunan kek ke dalam bekas pembakar dan bakarlah sehingga masak antara 40 min ke 45 min. Saya gunakan loyang bulat 9 inchi.
Resepi untuk coklat mousse dan chocolate ganache masih guna resepi aunty yochana. Boleh lihat di link sebelah kiri ya.
Masa tengah buat kek untuk Bella, anakku Amirah pula merengek2 nak birthday cake juga. Takkan nak potong yang orang tempah. Terpaksalah kubuatkan juga sebiji untuknya. Dia nak letak buah strawberry dan yati pula nak rasa buah peach. Jadi yati gabungkan buah peach dan strawberry bukan saja untuk deko tetapi didalam kek juga. Untuk makan sendiri bolehlah letak buah lebih2.... . Masih menggunakan resepi sponge cake Amy Heng walaupun mengecut skit tapi rasanya sedap sebab dia moist dan lembut.
Macam kek Meen juga, buah peach Yati berlumba2 nak menggelongsor... Tak sempat tunggu chocolate ganache tu mengeras sikit dan buah peach tu pun tak berapa tos airnya. Amirah asik gesa cepatlah ibu, tak sabar nak makan kek ni... Bila dah dipotong segigit aje yang dimakan Amirah. Geramnya.. Untuk tidak membiarkan diriku ini terus gebu, maka kuagih2kanlah kek tu pada jiran dan offismate. Ada yang kata lebih sedap dari kedai kek yang terkenal tu...
Inilah dia rupa kek yang telah dipotong tu. Kalau ada yang terliur tu bolehlah call yati 012-2733214 untuk order....
Untuk chocolate banana cake atau chocolate peach cake yati jual RM 60 untuk 1.4kg -1.5kg.
Kalau guna strawberry tu harga lainlah sebab sekotak kecil strawberry aje dah RM 12.00 di Billion.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Feb-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ENTRY TERTUNDA, KELAS ROLL LAPIS DAN KEK LAPIS SERAWAK
|
|
Sudah sebulan rupanya yati tak update FP. Tak tahulah kenapa malas sangat. Selain malas, sekarang ni tengah sibuk dengan aktiviti kerja. Sebab tulah tak sempat nak berkunjung dan berborak kat rumah kawan2. Maklumlah kat rumah tak ada internet..
Sepanjang sebulan ni, yati ada terima tempahan kek, muffins dan cheese tarts. Jom kita layan gambar2 tempahan.
Ini tempahan kak Adib untuk birthday anaknya. Dia mahukan kek yang simple aje. Hanya deko ngan chocolate ganache aje.
Ini pula tempahan dari Salina untuk birthday anak bujangnya. Saja nak makan sekeluarga katanya. Maaflah Lina tangan akak ni keras sikit bila menulis atas kek. Nanti akak praktis lagi ya. Terimakasihlah kerana order dengan akak. Kalau sudi lain kali orderlah lagi...
Chocolate Banana Kek ini untuk Kak Fazidah. Suaminya kata sponge kek tu kering skit. Dia suggest guna chocolate moist cake. Selera orang lain2. Nanti yati cuba...
Sebenarnya yati suka kalau orang bagi feedback. Yati akan ambil semua feedback itu membina. Dari situlah kita baiki kelemahan dan improvekan hasil kerja kita sampai orang puas hati.
Laily pula tempah chocolate banana cake, cheese tart dan chocolate chip almond muffin untuk sambutan birthday di rumah keluarganya. Sebenarnya ada insiden yang berlaku pada chocolate banana cake tu. Biarlah Yati dan Laily aje yang tahu. Pengajarannya, bila hantar kek jgn bawa laju2 dan main langgar bumper aje...
Untuk gathering pada awal bulan Mac nanti, awal2 lagi Laily dah tempah 100 pcs muffin dan 100 pcs cheese tart. Thank you very much Laily for your support.
Ini pula muffin lagi untuk Pak Tam. Muffin pandan dan chocolate chip almond muffin.
Pada sesiapa yang nak order muffin,harganya RM1.30 sebiji. Muffin ini saiznya besar. Lebih kurang size muffin kat Roti Boy yang berharga RM 2.00 tu. Kalau order dalam kuantiti yang besar umpamanya untuk door gift, harganya boleh dirundingkan.
Untuk cheese tart pula harganya RM1.50 sebiji.
Kalau berminat nak order, sila sms/call yati di talian 012-2733214....
Habis cerita pasal tempahan, yati nak cerita pula pasal kek lapis serawak. Gara2 kek lapis yang dibuat sendiri menggunakan resepi dari internet tak menjadi, yati terus mendaftarkan diri dengan sifu Nomie dari Kelang. Masa tu yati rasakan ada teknik tertentu yang yati tak tahu. Normie ajar roll lapis sedangkan yati nak buat kek lapis serawak yang biasa2 tu. Dua minggu sebelum attend kelas Normie yati ada bertanyakan pada tokey kek lapis di Penang, Ina Sally samada teknik roll lapis boleh digunakan untuk buat kek lapis biasa. Cuba juga bertanya pada Ina kalau dia sudi nak ajar yati tentang kek lapis ini. Alhamdulillah Ina sanggup nak ajar yati. Kebetulan hujung bulan Jan yang lepas Ina balik bercuti ke Nilai, sempatlah dia datang rumah Yati untuk mengajar. Sifu datang rumah lagi bukan student gi rumah sifu....
Sempatlah Ina tunjukkan cara buat roll lapis, lapis bercorak dan lapis biasa. Barulah clear macamana nak buat lapis Serawak ni. Buat roll lapis ni ada matematik sikit..
Masa gi kelas sifu Nomie 1 Februari hari tu, tersesat jalanlah pula. Tak biasa dengan area Kelang. Kelas start pukul 10.00 pagi Yati sampai pukul 10.30pagi. Nasib baik dah faham masa attend kelas Ina hari tu. Kalau tak terkial2 juga nak memahamkannya.
Jom layan gambar2 kek lapis dan roll lapis semasa kelas Ina dan Normie.
Nama2 roll lapis ini tak ingat. Ina suruh cuba buat corak sendiri. Yang pentingnya tahu macamana nak gunakan cutter, nak susun corak dan nak roll. Masa Ina balik kek-kek ini belum berpotong lagi. Simpan dalam peti sejuk dulu. Keesokannya baru potong. Yati potong tak betul cara sebab tulah kulit roll tu nampak tak cantik. Pisau yang nak digunakan mestilah nipis baru cantik. Sekarang dah tahu cara dan tekniknya.
Ini pula kek lapis chocolate chip. Basic dah tahu bolehlah apply pada kek lapis yang lain2 tu. Yati bakar gunakan oven Milux. Belum ada lagi oven kek lapis. Walaupun gunakan oven Milux, keknya tetap lembap dan menjadi.
Ini kek lapis Samarinda. Ada beberapa kesilapan pada susunan corak. Maklumlah baru belajar... Kalau tak silap tak tahu mana nak improve..
Kek ini bakar guna oven Zanussi. Resultnya agak kering sedikit. Kena pandai adjust temperaturenya kot baru ok.
Ini pula roll lapis yang belajar ngan Sifu Nomie. Untuk intinya sifu dah sediakan. Nomie ada juga tunjukkan cara nak adun inti , kulit roll dan bakar. Student kena potong inti2 tu menggunakan cutter yang sesuai saiznya dan cantumkan mengikut corak dikehendaki.
Tak sabarnya nak tunggu pewarna yang di tempah dari Serawak tu sampai. Lepas ni kenalah rajin2 melapis untuk memahirkan diri.
Terima kasih banyak2 pada Sifu Ina dan Sifu Nomie kerana sudi berkongsi ilmu dan tidak lokek berkongsi tips dan resepi. Insya Allah ilmu itu akan dimanfaatkan tak lama lagi..
|
|
|
|
|